Disiplin Ilmu Sains

Category: , By imakubex
Bismillahirrahmanirrahim,

Sedang penulis membaca artikel-artikel yang ada di dalam internet, penulis terjumpa 1 artikel berkenaan dengan teleportasi dan Islam di http://www.iluvislam.com. Menariknya, sebagai pelajar sains, major dalam bidang Fizik dan kemungkinan membuat Fizik Teori, penulis memahami yang sains secara dasarnya cuba untuk menerangkan kejadian alam, dan tidak mendasarkan kajian di bawah mana-mana ideologi atau agama.

Pada penulis, kajian terhadap alam sekitar sama seperti cuba memahami bagaimana komputer berfungsi, walaupun jauh lebih sukar. Perlukah kepada ideologi untuk memahami bagaimana komputer berfungsi? Perlukah justifikasi falsafah mengapa huruf "Q" diatas huruf "A", walhal perkara itu mempunyai sebab sejarahnya sendiri?

Tetapi, apabila berkaitan dengan Islam, ramai yang cuba mengambil sains dan cuba mengaitkannya dengan Islam tanpa memahami secara menyeluruh sains itu sendiri. Contohnya, ayat mengenai alam semesta:

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (21:31)

Apa yang dimaksudkan dengan langit dan bumi di sini? Ada ulama' yang menafsirkannya sebagai fenomena Big Bang yang, menurut teorinya, merupakan asal alam semesta ini. Namun begitu, mungkinkah apa yang dimaksudkan lain? Mungkin terdapat ilmu yang lain yang tidak diketahui yang mungkin juga dimaksudkan oleh ayat ini. Apa yang penulis mahu sampaikan disni ialah interpretasi ayat Quran dalam setengah-setengah perkara sains boleh dibuat dengan 2, 3 cara. Sebab ianya merupakan interpretasi, bukanlah maksudnya ianya 100% betul, dan mestilah dianalisis teori sains yang digunakan dengan teliti, dan memasukkan 'limiting factors', keadaan-keadaan yang mana teori itu berfungsi dan lain-lain. Saintis pun mentafsirkan fenomena fizikal dengan berhati-hati. Apa yang selalu dilakukan apabila cuba menerangkan sesuatu fenomena fizikal ialah ayat-ayat seperti "Fenomena ini boleh difahami dengan meletakkan idea ini ... . Justifikasinya ialah, dalam keadaan sebegini ... sistem ini bertindak dengan cara ini. Oleh itu, jika kita fikirkan sistem ini mematuhi peraturan ini, dan persamaan ini, ia bertepatan dengan apa yang dilihat setakat 'limit' experimen ini."

Bukanlah ini bermakna yang penulis tidak menyokong mencari hubungkait Islam dan sains, namun begitu, janganlah diambil semuanya seolah-olah ianya 100% betul, kerana itu merupakan interpretasi terhadap sesuatu yang dikaji, yang mungkin hanya benar di dalam had experimen yang dilakukan. Oleh itu, perlu dimasukkan perkataan-perkataan seperti "ada kemungkinan" atau "ini mungkin menyokong" di dalam apa yang ditulis. Andai apa yang ditulis rupanya salah, maka penulis dan pengkaji yang akan disalahkan, bukan Islam.

Sains mempunyai disiplinnya yang tersendiri, dan disiplin ini harus dipatuhi. Muslim seluruh dunia sangat mebenci apabila orang membaca dan menafsir Al Quran tanpa mengetahui disiplin-disiplin ilmu Al Quran yang diperlukan untuk berbuat demikian, namun Muslims juga tidak menghormati disiplin ilmu sains apabila membuat hubung kait antara sains dan Islam. Apabila terdapat 1 penemuan sains yang seolah-olah mempersetujui apa yang dikatakan oleh Al Quran, Muslims selalu mengambilnya secara literal dan tidak mempedulikan apa had-had teori yang dipakai itu. Jarang sekali kita mendengar kenyataan seperti " Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ... . Ada kemungkinan bahawa ianya bertepatan dengan Al Quran kerana ayat ini ... yang boleh difahami dengan cara ... . Namun, interpretasi yang lain experimen ini mungkin membolehkan ianya bermakna ... . Kami tidak setuju dengan interpretasi ini kerana ... . " . Apa yang penulis selalu baca ialah "Hasil kejadian ini menyokong Al Quran kerana ianya dibuktikan oleh ayat ini."

Kenyataan yang pertama amat berhati-hati dan cuba untuk mengambil perhatian semua pembolehubah yang ada di dalam experimen yang dilakukan, manakala yang kedua tiada elemen berhati-hati ini. Andai seorang atheist membaca 2 kenyataan diatas, yang mana yang mungkin ditimbangkan untuk difikirkan?

Masalah dengan logik ialah logik boleh dikalahkan dengan logik. Dan dengan ilmu yang ada pada manusia sekarang, tiada apa yang pasti 100% dalam sains. Setakat ini, tiada argumen konklusif tentang kewujudan atau ketidakwujudan Tuhan. Dengan konklusif maksud penulis ialah semua orang bersetuju tanpa bantahan yang munasabah bahawa Tuhan wujud. Sebab itulah Muslims mesti lebih berhati-hati dalam membuat kaitan antara Islam dan sains, kerana interpretasi sains boleh dibuat dari banyak sudut, terutamanya fizik.

Secara mudah, apa yang ingin disampaikan ialah: Muslims seharusnya lebih berhati-hati dalam mengaitkan Islam dan sains. Argumen yang digunakan seharusnya mengambil kira had-had ilmu yang kita tahu, dan mengapa ianya begitu. Dengan berbuat begini, mudah untuk orang menentukan nilai interpretasi sains yang diletakkan.

Wallahua'lam
 

3 comments so far.

  1. wanaimran 22 June 2008 at 04:45
    apa citer guna bahasa caca merba ni?
  2. imakubex 22 June 2008 at 09:19
    Haha. This is what happens when I try to translate stuff. You can see how bad I am with these things, no?
  3. Anonymous 3 July 2008 at 18:47
    Assalamualaikum,

    Penulisan yang menyentuh situasi umat Islam dengan tepat dalam satu skop yang diperkhususkan. Saya setuju dengan hampir semua yang disampaikan.

    Saya juga telah membaca artikel tersebut dan memberi sedikit komen.

    Berkenaan perenggan kedua saudara, 'penemuan' baru (abad lalu) tentang sains ialah cabang ilmu ini tidak bebas nilai. Jika dinyatakan bahawa falsafah mempengaruhi sains, ia mungkin bermaksud pengaruh secara terus (direct) seperti yang berlaku dalam sains kemanusiaan atau tidak terus (indirect) seperti dalam sains natural. 'Tidak terus' disini bermaksud falsafah yang manjadi pegangan seorang saintis mewarnai worldview-nya. Oleh kerana kehadiran idea atau ilham dalam proses formulasi satu-satu teori akan mengalami interpretasi dan proses kognitif dalam minda saintis tersebut, worldview beliau akan memberi banyak pengaruh.

    Peranan falsafah disini adalah persis kanta mata dalam proses intelektual dan menjadi motivasi seorang saintis itu memformulasi teorinya, bukanlah untuk menjustifikasi perkara praktikal seperti penyusunan huruf diatas papan kunci.

    Sebagai contoh mudah, sila tonton dokumentari tentang bagaimana suasana semasa, pembinaan teknologi dan perdebatan falsafah mempengaruhi formulasi teori kerelatifan Einstein:

    http://forum.wgbh.org/wgbh/forum.php?lecture_id=1603

    Ramai ahli fizik yang bermotifkan kepercayaan 'agama' dalam formulasi sains mereka. Fred Hoyle sehingga penghujung hayatnya tidak mahu menerima teori big bang kerana berpandangan ianya "philosophically troubling". Einstein dengan fahaman deterministiknya menganggap mekanik kuantum sebagai "incomplete theory" lalu mengusulkan interpretasi yang statistikal (ensemble interpretation) bagi menggantikan interpretasi kebarangkalian Born. Begitu juga dengan de Broglie dan David Bohm yang mengusulkan kewujudan 'hidden variables' yang dibuktikan tidak benar oleh ketidaksamaan Bell dibawah keadaan tertentu.

    Pernah terfikir mengapa brane theory cuba mengembalikan fahaman steady state universe? Pernah terfikir mengapa string theory masih mahu mengekalkan zarah (matter) sebagai binaan fundamental alam ini, biarpun terpaksa menghumban jauh idea lama iaitu 0-D (point) particle dan berhadapan dengan krisis 26 (kini 10) dimensi ruang?

    Saya tidak tahu jawapannya. Namun saya mengesyaki ia bertitik tolak daripada fahaman atheism dan materialism.

    Dan oleh kerana worldview mempengaruhi idea sains, sebaiknya kita ambil worldview yang datang dari wahyu yang telah diimani kebenarannya. Walaupun interpretasi wahyu itu mungkin tidak kebal terhadap kesilapan, namun ia membawa kita lebih dekat dengan kebenaran, insyaAllah.

    -anang-

Something to say?