Ini Sejarah Kita: Bahagian 2: Tidak Munasabah!
Bismillahirrahmanirrahim,
Setelah beberapa lama berfikir tentang apa yang ditulis tentang program Ini Sejarah Kita, penulis mendapati bahawa ianya adalah tidak munasabah untuk program tersebut untuk dibuat oleh orang-orang yang tidak mengetahui sejarah secara mendalam. Mereka pastinya mengetahui lebih banyak tentang sejarah daripada penulis sendiri, tetapi modul yang mereka keluarkan itu terdapat beberapa kelemahan yang pada pendapat penulis boleh diperbaiki. Komen-komen yang diberikan oleh rakan-rakan dari Majlis Syura Muslimun, terutamanya Abang Hadrami dan Adam Tan, dan juga pembaca-pembaca blog ini banyak membantu penulis dalam memperbetulkan kecelaruan yang ada berkenaan beberapa perkara. Jazakumullahu khairan kathira kepada kalian semua. Penulis masih menantikan jemputan ke program Syahadatul Haq seperti yang kita bincangkan pada hari pertemuan kita.
:)
Apa-apa pun, ingin sekali penulis memberikan sedikit cadangan untuk penambah baikan untuk program tersebut untuk kebaikan bersama. Namun sebelum itu, ingin ditegaskan disini bahawa idea yang dipersembahkan disini bukanlah pandangan dan hasil pemikiran penulis semata-mata (pandangan peribadi penulis tentang bagaimana ianya sepatutnya dilakukan tidak praktikal dalam jangka waktu pendek yang diberikan untuk program ISK) tetapi merupakan amalgamasi beberapa idea yang (harapnya) praktikal untuk program tersebut.
Cadangan-cadangan:
1. 'Disclaimer'
Pada pandangan penulis, adalah tidak adil untuk sesiapa pun untuk melalui program sedemikian tanpa diberitahu bahawa sejarah yang dihidangkan kepada mereka bukanlah sejarah yang objektif. Pengalaman peribadi penulis, tujuan program itu dan juga graf itu juga tidak diterangkan dengan jelas kepada pada peserta. Dan kerana ianya bukan sejarah yang objektif, fakta-fakta yang diberikan dalam program tersebut acapkali tidak diterangkan dalam konteks yang sepatutnya.
Penulis diberitahu bahawa ini semua tidak menjejaskan hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah, tetapi penulis kurang bersetuju dalam hal ini. Ini kerana cara penceritaan apa-apa kisah akan mempengaruhi pengajaran apa yang diambil dan dibawa pulang oleh peserta. Contohnya, adakah kerana menurut graf ISK tamadun di Baghdad lebih tinggi daripada tamadun Turki Uthmaniyah, tamadun di Baghdad sungguh lebih hebat daripada tamadun di Turki? Tanpa mengambil kira kesan episod-episod sejarah seperti kedatangan Christopher Colombus ke benua America yang membawa bersamanya kekayaan dalam bentuk emas yang kemudiannya membantu mengangkat Eropah keluar dari zaman Pertengahan, bagaimanakah kita boleh membuat perbandingan ini? Maka, pada pandangan penulis, haruslah ditekankan kepada peserta bahawa program itu bukanlah satu program untuk mengajar atau berkongsi ilmu tentang sejarah Islam secara objektif, tetapi mempunyai tujuan yang lain daripada itu.
2. Terlalu lokal dan sempit
Sejarah yang diceritakan dalam ISK juga terlalu lokal dan terlalu tertumpu di sekitar laut Mediterranean. Kurang diceritakan bagaimana interaksi masyarakat Islam dari Timur Tengah dengan masyarakat dunia lain mengubah landskap masyarakat dan budaya tersebut. Contohnya, tiada penceritaan tentang kesan Islam terhadap masyarakat di China, India, kepulauan Melayu dan sebagainya pada zaman pertengahan. Penceritaan sejarah ini tidak menjadi penceritaan sejarah Islam, tetapi menjadi penceritaan sejarah empayar Islam di kawasan berhampiran dengan laut Mediterranean. Sejarah, cerita mengenai manusia, itu sendiri hilang dinamisma dan kesan Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam kurang ditekankan.
Oleh itu, penulis mencadangakan supaya dimasukkan elemen kemanusiaan dan dikembalikan dinamisma dalam sejarah yang dipersembahkan. Ini akan membolehkan kita melihat tamadun manusia pada masa lampau dengan pandangan yang lebih luas dan membolehkan kita melihat kesinambungan dan perkaitan antara sejarah dan manusia serta membolehkan kita belajar dari sejarah. Ini juga boleh memperjelaskan beberapa perkara seperti kedatangan Zaid ibn Ziyad ke Sepanyol kerana dijemput oleh pemerintah di situ dan bukannya untuk merampas tanah dan takhta. Antara lain, ini merupakan hujah bahawasanya Islam tidak disebarkan melalui mata petang. Ini juga boleh menjelaskan mengapa terdapat umat Islam di India, dan membolehkan kita mendapat sedikit kefahaman tentang latarbelakang konflik India-Pakistan. Poin ini juga berkaitan dengan poin seterusnya kerana ISK membayangkan seolah-olah tiada kesinambungan kepada pemerintahan Islam selepas kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyah.
Penulis merasakan ini penting kerana umat Islam itu merupakan satu ummah, dan andai tidak difahami mengapa dan bagaimana perkara itu terjadi, maka kita tidak boleh memahami bagaimana untuk memperbaiki keadaan tersebut.
3. Tiada kesinambungan
Sejarah yang dipersembahkan di ISK juga membayangkan ketiadaan kesinambungan selepas kejatuhan khilafah. Sebab yang diberikan kepada penulis ialah ISK hanyalah sebagai pencetus, dan kemudiannya akan disambung dengan program-program seperti Syahadatul Haq dan sebagainya. Namun begitu, pendekatan begini, apabila dicampur dengan graf ISK, boleh memberi gambaran yang salah kepada peserta yang sedang mendengar.

Kejatuhan khilafah sudah tentunya merupakan perkara yang sangat besar yang traumatik kepada umat Islam, tetapi ia tidak bermakna yang tiada penerusan usaha-usaha untuk memperjuangkan Islam di dunia ini. Graf itu tidak dapat menangkap gerakan-gerakan sebegini, terutamanya dalam konteks dunia 'moden' yang baru muncul pada zaman kejatuhan khilafah. Malah, graf itu turun kepada sifar dan ini, pada pendapat penulis, tidak tepat.
Oleh itu, cadangan penulis ialah seharusnya diceritakan sedikit mengenai gerakan-gerakan revivalisme selain gerakan-gerakan subversif yang dilakukan oleh nasionalis yang berlaku pada masa itu. Ini akan memberi peserta idea tentang apa yang terjadi kepada umat Islam selepas itu dan apa usaha-usaha awal yang dilakukan untuk mengembalikan khilafah. Ini juga sebahagian daripada sejarah 'kita', dan penulis agak pelik kerana ianya tidak dimasukkan sekali.
4. Paksi-Y yang tidak jelas

Paksi Y yang digunakan dalam graf ISK itu juga kurang jelas. Perkara ini telah dibangkitkan oleh ramai orang tetapi definisi paksi Y itu sangat penting untuk memperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan garisan 'tamadun'. Dalam keadaan kesamaran definisi, interpretasi graf itu boleh dibuat untuk menyesuaikan graf dengan apa sahaja keadaan, dan untuk apa-apa tujuan sahaja. Ia juga kurang jujur dengan keadaan sejarah, pada penulis.
Sejarah bukanlah hitam putih; hal ini diketahui oleh semua orang. Tetapi interpretasi-interpretasi sejarah bukanlah relatif dan sama taraf. Maka, dengan memberikan graf garisan yang hanya mempunyai satu garisan dengan paksi Y yang kurang jelas, ada bahaya yang interpretasi yang kurang tepat diguna pakai. Ketepatan interpretasi selalunya dihakimi dengan bukti yang wujud pada ketika itu. Oleh itu, interpretasi yang digunakan perlulah setepat yang mungkin dan bukannya untuk menyesuaikan interpretasi dengan mana-mana graf.

Ini ialah masalah terbesar dengan graf ISK, kerana ia boleh disesuaikan dengan apa-apa sahaja. Ini boleh difahami dari 2 sudut. Pertamanya, kerana adanya modul ISK yang sedemikian, penceramah terpaksa mempersembahkan perkara-perkara yang hanya bersesuaian dengan graf tersebut. Ini tidak dapat tidak memusnahkan objektiviti dalam mempelakari sejarah. Keduanya, dengan ketiadaan paksi Y yang jelas, ia membolehkan pembentang untuk menukar makna garisan yang seharusnya melambangkan tamadun dari satu kerajaan kepada kerajaan yang lain, kerana definisi garisan itu sendiri tidak jelas.
Maka, pada pendapat penulis, jika tidak dijelaskan paksi-Y dalam graf itu, seharusnya diberi 'disclaimer' yang sangat jelas pada permulaan, pengakhiran, dan tiap-tiap kali graf itu dilukis. Namun begitu, pada pendapat penulis, impak yang paling besar daripada graf itu ialah ia dapat memberi gambaran secara visual tentang kebangkitan dan kejatuhan Islam. Masalah dengan graf ini ialah ia memberi gambaran terlalu simplistik terhadap sejarah. Namun, tidak dinafikan bahawa graf itu mempunyai kesan terhadap hati. Tetapi seharusnya kita berhati-hati dengan apa yang kita lakukan dan cuba memperbaiki apa yang kita ada.

5. Diluar konteks sejarah
Kadang kala terdapat beberapa perkara yang dipersembahkan tanpa dipersembahkan dahulu konteks yang perkara itu terjadi. Contoh yang penulis rasakan amat sesuai ialah dinamika empayar Rom Timur, Parsi, dan empayar Islam di Timur Tengah. Seperti yang penulis telah katakan sebelum ini;
Penulis merasakan bahawa apa yang penting dalam Ini Sejarah Kita ialah mengembalikan kemanusiaan dalam sejarah, dan perkara ini sangat mudah boleh dibuat. Dan pada pendapat penulis, material dalam laman web Ini Sejarah Kita harus digunakan semaksimum mungkin. Perlu juga ada, pada pandangan penulis, sedikit analisis objektif tentang kebangkitan dan kejatuhan tamadun itu sendiri. Analisis ini penting untuk kita belajar dan mengambil iktibar dari sejarah. Kehebatan tamadun Islam itu tidak dapat dinafikan, tetapi terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kejatuhan satu-satu kerajaan juga perlu dilihat. Kerana sejarah kita ini ialah sejarah manusia. Dan sebagai manusia, kita juga boleh melakukan kesilapan-kesilapan yang sama seperti mereka.
Akhir kata, penulis ingin meminta maaf andai apa yang penulis bentangkan dalam blog ini menyakiti hati sesiapa. Bukanlah niat penulis untuk menyakitkan hati sesiapa, dan sebagai manusia, penulis juga melakukan kesilapan. Andai terdapat apa-apa bantahan terhadap apa yang dituliskan disini, bolehlah tuliskan komen dan insyaALLAH akan dibalas. Sekali lagi, penulis meminta maaf atas semua salah dan silap dalam penulisan ini.
Wallahua'lam
"ia seolah-olah membayangkan bahawa Islam muncul didalam vakum, di mana Empayar Rom dan Parsi kedua-duanya telah jatuh dari kegemilangan masing-masing. Realitinya, Empayar Rom Timur melalui fasa-fasa kejatuhan dan pemulihan kuasa sehinggalah tentera Perang Salib ke-4 menguasai kota Constantinople dan kemudiaannya merompak empayar Rom Timur. Semua ini dipengaruhi oleh keadaan politik yang sangat kompleks di Constantinople yang melibatkan jeneral-jeneral tentera, golongan bangsawan, wanita-wanita berpengaruh hatta pelumba-pelumba di Hydrophone sendiri. Interaksi antara kedua tamadun ini langsung tidak diceritakan, dan seolah-olah tidak signifikan kepada sejarah Islam yang mereka bawa. "Oleh itu, pada pandangan penulis, dengan wujudnya graf yang sedemikan, konteks dimana sejarah ini berlaku hendaklah diterangkan supaya penerima memahami latar belakang sejarah secara lebih lengkap. Namun begitu, perkara ini sangat sukar untuk dibuat dalam sesi yang singkat. Oleh itu, penulis mencadangkan supaya episod-episod sejarah yang terpilih sahaja yang di'highlight' supaya penceritaan itu menjadi lebih fokus dan boleh diterangkan secara panjang lebar. Ini bukan sahaja akan memberi lebih fleksibiliti kepada penceramah, ia juga boleh memberi gambaran kepada peserta yang sejarah itu ialah sejarah manusia dan bukan mekanikal. Kemanusiaan dalam sejarah itu boleh dikembalikan dengan cara ini, pada pendapat penulis.

12 Comments