April Fool - Pandangan yang lebih kritikal diperlukan...
Bismillahirrahmanirrahim,
Sekadar ingin membuat kritikan terhadap apa yang ditulis. Kadang-kala kita terlalu menerima tanpa berfikir dan mengkaji.
Artikel:
Bagi mereka yang meniru budaya ini, mereka merasakan bahawa seri persekitaran hidup mereka akan hilang apabila peristiwa April Fool ini tidak diraikan.
Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam.
Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.
Sejarah
Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.
Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April). Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Masyarakat Kini
Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol.
Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan perasaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.
Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.
Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.
Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool. Sesungguhnya ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam . Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya : Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab;:Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)"
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~
Komen:
Penulis kurang setuju dengan analisis ini kerana beberapa sebab:
1. Granada ditawan secara rasmi pada 2 Januari, oleh itu tiada sebab untuk hari pertama April diambil untuk membunuh orang Islam. Seharusnya "April's Fool" diadakan pada bulan Januari, bukan April. Selalunya, dalam peperangan zaman dahulu, selepas sesuatu bandar diceroboh tentera asing, ianya terus akan di'perkosa'. Mengapa perlu tunggu 3 bulan sebelum membuat perkara tersebut?
2. Tidak banyak rekod menceritakan pembunuhan beramai-ramai orang Islam selepas kejatuhan Granada. Namun begitu, pembunuhan beramai-ramai ini bukannya dilakukan *hanya* di Granada dan orang Islam juga kadang-kala bersalah dalam hal pembunuhan beramai-ramai ini. Orang Islam sememangnya ditekan selepas kejatuhan Granada dan ramai antara Muslim yang masuk Kristian. Tetapi golongan yang diberi nama Morisco ini masih mengekalkan cara hidup mereka yang lama; mereka berbahasa Arab, pergi ke rumah mandi awam, mengekalkan hijab, etc. Kerajaan Sepanyol merasakan mereka tidak dapat diasimilasi kedalam masyarakat Kristian Katolik Sepanyol pada ketika itu. Muslim yang tidak menukar agama dihalau keluar oleh Inquisition.
3. Ferdinand dan Isabella membuang Yahudi dari negera Sepanyol pada 31 Mac 1492 selepas kejatuhan Granada. Oleh itu, jika 1 April dikaitkan dengan agama, maka agama Yahudi adalah lebih sesuai.
Oleh itu, penulis kurang bersetuju dengan analisis yang diberi. Kita harus lebih kritikal dalam hal-hal seperti ini.
Wallahua'lam

sendiri fikir arr~~~
IMAM Cambodia Relief Mission 2009 would like to ask for your kindness to help us to spread the message of our fundraising. The message needs to be widely spread and it needs to get across the border in order for us gain as much funding as we can. We are calling for all bloggers to join hands to promote our good will of ‘Enlightening the hopes of Cambodia’. There are a few simple steps that you can do to help us promoting the good cause. Please kindly follow the step.
1. Please make a new entry of CRM09 Official Poster in your own personal blogs. You can copy the photobucket html here and make a new post regarding our Official poster: Please click
http://s687.photobucket.com/albums/vv239/redhuans/?action=view¤t=camb2.jpg
Then, copy the HTML code provided in the right side bar of the screen and paste it in your new post.
If the picture is too big for your blog scale, resize the poster to fit your blog perfectly.
2. Help us to put CRM09 Official Banner in the side bar of your blog and link the banner straight to our official site, http:/crm09.blogspot.com. Just open the link of our banner at this address
http://s687.photobucket.com/albums/vv239/redhuans/?action=view¤t=cambbanner1.jpg
Then copy the Direct Link provided on the right side bar of the screen and put it up on your blog.
3. Then you can spread the message to your friend bloggers for them to hel us to spread the message as well. Just copy this text and paste it on their comments box.
Thank you so much for your effort in helping us to make the life of others in much of a better state. Our little effort will bring a huge impact on others. May God reward your deed in this life and in the Hereafter. Thank You.
For more info, please visit http:/crm09.blogspot.com
cara berfikir yang kritis dan kreatif..sgt inspiring skop pemikiran anda dikala org2 muda sibuk dgn hedon..
kalaupun april fool bukan untuk mempersenda agama Islam, tak semestinya ia 'boleh' di'celebrate' kan?
atau saya yang salah?
sorry.. tak banyak tahu..
Rasulullah pernah bersabda ketika melihat orang Madinah meraikan satu perayaan(maaf, tak ingat)
“Sesungguhnya Allah telah mengantikan untuk kalian dua perayaan yang lebih baik dari perayaan (zaman jahiliyah), iaitu (perayaan Aidil) Adha dan (perayaan Aidil) Fitri.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 1134 (Kitab al-Solat, Bab solat dua hari raya)]
jadi, perlu sambut ke?
seolah-olah macam town council london berdebat pasal tube map nak kena letak gamba sungai@tak.
letak ke tak letak ke, tak penting. janji tube map tu ber'fungsi'.
Samalah, April fool disambut sebab itu ke, atau sebab ini ke, pokoknya ia sememangnya satu perayaan yang tak pernah dibuat rasulullah, dan rasanya takda paedah pun.
Maaf, andai terkasar.
Seperkara lagi,
ayat terakhir anda dalam komen ke-3 anda seolah-olah anda ingin menyarankan kita sambut April Fool, sebab ia melambangkan kejatuhan agama Yahudi.
rasanya, ini lagi parah kalau betul.
tak perlu kot sambut ke'binasaan' orang lain.
Kalau ini bukan niat anda, saya minta maaf.
(sekali lagi, saya sangat tak tahu, ini semua dari pemerhatian dan pemahaman semata, kalau salah mintak sangatlah diperbetul).
Wallahu'alam.
Manager CV