...muhasabah diri...

Category: By imakubex
bismillahirrahmanirrahim,

Penulis merasakan bahawa telah tiba masanya untuk menulis tentang dirinya sendiri, tika kesedaran tentang keangkuhan diri masih segar di dalam benak fikirannya.

Penulis, terus terangnya, merupakan seorang yang sangat suka membaca dan menganalisa sejarah dan isu-isu dan cuba untuk memahami secara total mengapa dan bagaimana sesuatu kejadian terjadi sedemikian rupa.

Namun begitu, dalam kesungguhan membuat analisa dan berbincang dengan rakan-rakan, penulis seringkali mendapati dirinya memperkecilkan pandangan orang lain, semata-mata kerana penulis merasakan bahawa dia sudah menimbangtara pandangan itu di dalam konklusi awalnya, dan menjadi 'dismissive' terhadap idea dan pandangan sahabat.

Oleh itu, penulis ingin meminta jasa baik pembaca blog yang tidak seberapa ini untuk menegur andainya ada antara pandangan yang diutarakan angkuh dan tidak memberi peluang kepada perbincangan dan perdebatan.

Ilmu yang diperolehi boleh menjadi racun yang membunuh diri. Penulis amat risau yang dia akan terlalu yakin dengan dirinya sendiri, sesuatu yang boleh membawa kepada 'ujub dan takabbur. Wana'uzubillah..

wallahua'lam

p/s: Don, tak sempat lagi nak reply properly dengan komen2 ko. InsyaALLAH lepas exam.
 

0 comments so far.

Something to say?