Dimanakah kita? Kemanakah kita?

Category: , , , By imakubex
Bismillahirrahmanirrahim,

Di dalam kehangatan membaca, berfikir dan bersembang dengan rakan-rakan Muslim dari Malaysia tentang isu-isu berkaitan dengan Islam dan masa hadapan Islam dan Muslim, penulis agak tersentak apabila penulis menyedari bagaimana realiti budaya masyarakat Muslim, terutamanya di Malaysia.

Apa yang
penulis maksudkan ialah sikap yang melihat dan membaca sejarah tanpa mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan mengkaji sejarah secara objektif. Mungkin ada orang yang akan mengkritik penulis kerana mengatakan ini, dan mengatakan yang kita sepatutnya berbangga dengan warisan Islam yang telah ditinggalkan kepada kita, tapi apa yang penulis risaukan ialah kita melihat sejarah dengan kacamata yang berat sebelah. Kita melihat keagungan Islam di masa lampau sebagai usaha Muslim 100% dengan bantuan ALLAH s.w.t. dan tidak menghiraukan bahagian sejarah yang menunjukkan betapa Muslim pada masa itu sangat terbuka, tidak menolak sebarang idea dan merupakan manusia yang sama terpengaruh dengan keadaan semasa.

Sebelum
penulis meneruskan penulisannya ini, elok rasanya untuk penulis melakarkan senario yang ada masa kini pada pandangannya, dengan harapan supaya pembaca boleh memahami apa yang cuba disampaikan.

Lewat kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 menyaksikan kebangkitan kuasa Barat, dan kelemahan serta kejatuhan Khilafah Islamiyah di Turki. Sepertimana kuasa-kuasa lain di dunia, kuasa-kuasa Barat mula meluaskan kuasa dan menjajah kawasan-kawasan di sekeliling dunia untuk menjaga kepentingan mereka dan rakyat mereka. Oleh kerana empayar Muslim pada masa itu sangat luas dan juga disebabkan kedudukan strategik tanah-tanah yang ditadbir oleh Muslim, kuasa-kuasa Barat ini menumpukan perhatian kepada tanah-tanah yang diduduli oleh masyarakat orang Islam. Pada awalnya kerajaan Islam agak terbuka dengan idea-idea yang datang dari Barat. Namun, dasar perluasan kuasa yang diamalkan oleh kuasa-kuasa Eropah menyebabkan Muslim menjadi defensif. Masyarakat Muslim di zaman ini melihat kedatangan dan kolonisasi Barat di zaman ini, dengan idea-idea liberalisasi dan sekularisme yang dibawa sebagai satu ancaman langsung kepada agama Islam.
Dan oleh kerana keadaan kerajaan Turki Uthmaniah yang lemah pada masa itu, banyak tanah yang majoriti penduduknya Muslim dijajah oleh kuasa-kuasa Barat ini.

Ini semua ditulis dalam buku-buku sejarah, dan
penulis yakin ramai antara kita tahu peristiwa-peristiwa yang menyusul, yang akhirnya membentuk dunia sebagaimana yang kita ketahuinya hari ini.

Apa yang
penulis ingin utarakan ialah kesannya kepada umat Islam pada hari ini, yang sepatutnya mempunyai paradigma yang berlainan dari Muslim yang ada pada zaman kejatuhan tersebut.

Hasil kolonisasi Barat, bangkit gerakan-gerakan Islam yang berusaha untuk menaikkan kembali Islam di muka bumi, dan kita dapat lihat kumpulan-kumpulan ini di dalam masyarakat.

Secara peribadi,
penulis sangat mengagumi pejuang-pejuang agama ALLAH ini, tapi selepas lebih kurang 100 tahun selepas kejatuhan khilafah, kita mesti bertanya kepada diri sendiri, sejauh manakah keberkesanan perjuangan ini dalam menaikkan martabat Islam dan Muslim di seluruh dunia?

Kita sering mendengar daie-daie menceritakan kehebatan dan keagungan tamadun Islam lampau, dan bagaimana Muslim berperanan sebagai 'Ustazatul 'alam'; menjaga dan mentadbir dunia ALLAH menurut hukum-hukum dan kehendakNya. Kita sering mendengar mereka bercerita dalam nada yang nostalgik dan mahukan zaman itu berulang kerana melihatkan kelemahan umat Islam pada zaman ini, dan mendengar kondemnasi terhadap apa yang Barat telah bawakan. Kutukan demi kutukan dibuat terhadap dasar-dasar sekularisasi dan capitalis Barat, dan bagaimana Barat telah merosakkan dunia ini dengan ideologi-ideologi mereka.

Namun begitu, kita jarang mendengar cerita tentang betapa terbukanya umat Islam di zaman lampau dengan idea-idea baru, walaupun setengah-setengahnya dianggap tidak sesuai dengan Islam. kita jarang sekali mendengar ustaz-ustaz bercerita tentang betapa dahulu kita juga mengambil contoh dari Rom Timur dalam urusan-urusan kerajaan, dan bagaimana amir-amir Islam dahulu sanggup untuk mendengar syarahan daripada paderi-paderi Kristian. Tidak selalu kita mendengar pertukaran ilmu antara empayar-empayar hebat yang wujud, bagaimana Khalifah menghantar gajah sebagai hadiah kepada Charlemagne, bagaimana amir-amir menghantar artisan-artisan Muslim kepada kerajaan buan Islam, dan bagaimana kerajaan Islam mengambil birokrasi kerajaan Rom Timur. Jarang, secara ringkas, kita mendengar cerita-cerita yang membayangkan keyakinan umat Islam di masa lampau dengan Islam, 'aqidah dan ideologi yang mereka ada.

Kita juga jarang sekali mendengar cerita-cerita masyarakat Islam dahulu kala. Bagaimana manusia yang bukan Islam dilayan seperti warganegara kelas kedua, bagaimana pertelingkahan berebutkan kuasa antara amir-amir yang ada, bagaimana dinasti Abbasid bermula dengan pengkhianatan dan pembunuhan beramai-ramai, bagaimana pernah segelintir umat Islam bertindak seperti perompak dan penyamun. Semua ini tidak diceritakan, yang diceritakan hanya kegemilngan. Tiada juga pendedahan dan kajian objektif yang dibuat tentang kelemahan dan kekuatan sistem beraja yang ada, walau ada antara orientalis boleh mengatakan bahawa ada terdapat unsur-unsur sekuralisma dalam pentadbiran Islam zaman dahulu kala.

Adilkah kita dalam membuat penilaian terhadap sejarah seperti ini? Apabila orientalis membuat kajian terhadap sejarah Islam dan berjumpa dengan elemen-elemen tidak menyenangkan, kita menuduh mereka anti Islam, walhal memang pun begitu kejadiannya. Sebagai Muslim, tanggungjawab kita bukanlah mempertahankan sejarah kita, tetapi menyatakan yang benar. Janganlah kita melabel orang sebagai anti Islam apabila kita sendiri tidak pernah mengkaji sejarah secara objektif. Ramaikah antara kita yang mengetahui mengenai Manzikert? Tentang Poitiers? Tentang Cordoba? Tentang Hattin? Jika ya, adakah kita melihat keadaan sosio-politik masyarakat pada ketika itu secara keseluruhan? Berapa ramai antara kita yang melihat Salehuddin Al-Ayubi sebagai seorang manusia, bukan lagenda? Kelemahan dan kekuatan beliau? Bukanlah beliau bukan seorang yang tidak hebat, tetapi mengapa beliau membuat perkara-perkara yang beliau buat dan dalam keadaan yang bagaimana.

Oleh itu, persoalan dimanakah kita dan kemanakah kita merupakan satu persoalan yang releven sekarang, kerana kita perlu sentiasa bermuhasabah apakah perkara yang kita buat ini telah mengambil kira sebanyak mana yang boleh, dan sejauh manakah tindakan kita berjaya dalam memajukan apa yang kita perjuangkan. Mungkin kita perlu mengkaji teori-teori hari ini, mengkaji sejarah dan teori-teori Islam masa lampau dan mencari jalan tengah antara keduanya, untuk menjadikan satu idea itu realistik dan berkesan di zaman ini.

Wallahua'lam

p/s: JZKK kepada Wan Aimran kerana membetulkan penulis

 

7 comments so far.

  1. Anonymous 4 June 2008 at 12:24
    sekadar ingin berkongsi. First of all, sya student malaysia. Syaitan pernah menghasut RAsulullah untuk membenci umatnya dahulu. kita lihat sendiri dari sejarah dulu, betapa teruknya umat sezaman Rasulullah saw. tetapi ternyata..syaitan kalah kerana di akhir hayat Rasulullah saw, baginda menyebut " umati..umati.." disni kita bleh lihat betapa baginda sangat menyayangi umatnya. Saya sendiri mengakui saya pernah membenci umat sezaman saya ini. ternyata..ini teknik syaitan..dan ia berjaya kepada saya. Saya menyesal dan kembali istigfar.
    bila saya baca artikel penulis..saya melihat ia banyak dari sudut pemikiran manusia kita skrang..dan nampaknya lebih menuju kepada rakyat malaysia itu sendiri. Saya setuju..Cuma saya tidak mahu ikut sama untuk mengatakan “ya”..sebaliknya saya mahu saya dan semua yang membaca artikel ini untuk sama2 berganding bahu dan buang sikap kebiasaan anda. Jika anda biasa dengan berceramah..kini tiba masanya anda turun padang pergi ke pelosok perkampungan asli mengharungi seribu satu halangan. JIka dulu ada biasa membaca buku novel cinta Islamic..kita tiba masanya kita tukar selera dengan membaca buku yang lebih berat…atau menyelongkar buku2 karyawan luar dan dalam Negara bersama rakan2 taulan anda( bedah buku ). Dan lain-lain lagi.
    Semua ini takkan berubah selagi kita tak bertindak..dan bila?? SEKARANG!!
  2. Anonymous 4 June 2008 at 12:45
    Salam. Good article. I've been to Egypt n i've seen an ancient mosque yang ada corak cross. Bukan cross kecil tapi yang jenis besar gabak dan banyak pulak tu. Having a shallow knowledge on how open & liberal muslim empayar & muslims generally during those days, at least, maka tak hairanlah sangat melihat benda-benda tu. Ni tak cerita lagi dari segi macam architecture i.e. arches & tiang2 yang muslims in the past ajar the nons, vice versa. tuntasnya, saya sokong pendapat penulis umat islam sekarang perlu sedar realiti ilmu itu tetap ilmu walaupon dtg dari sesiapa.

    sekadar ingin menambah soal permulaan dinasti abasid, dinasti umayyah etc, saya juga pernah belajar kitab arab dan diajar supaya melihat perkara itu sebagai sesuatu yang sudah lepas dan hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dan tidak perlu kita manusia untuk judge. saya pon sependapat dengan penulis dalam soal ini. janganlah kita melabel penulis kitab/buku itu sebagai anti islam, syiah, etc, tetapi yang lebih penting meneliti peristiwa2 yang berlaku samada baik atau buruk dengan lebih objektif.

    apa-apa pon, saya ada 1 soalan. tentang soal di mana dan ke manakah kita, apa pandangan penulis tentang soal ini? maksud saya pada pandangan penulis dari segi pegangan, ikutan, wadah, channel dsb apakah yang terbaik untuk membangunkan umat zaman ini? saya bertanya kepada penulis kerana saya tahu penulis juga belom mempunyai affiliation dengan apa-apa. salam

    -Don-
  3. Anonymous 4 June 2008 at 15:06
    Alhamdulillah, satu cetusan rasa dan luahan minda yang saya hormati, saya akui muslim pada zaman kegemilangannya tidak terlepas daripada kesalahan, kerana manusia mudah lupa dan terleka. Tetapi apa yang pasti pada zaman itu ialah soal KETUANAN ISLAM di muka bumi Allah ini. Banyak persoalan yang boleh kita timbulkan berkenaan menaikkan semula Islam; contohnya apakah kejayaan berbentuk material yang kita mahukan seperti kaya dan hebatnya tamadun Islam seperti dulu? Apakah sebenarnya NATIJAH HAKIKI yang kita mahukan daripada usaha-usaha DAKWAH ini? Umat ini hanya dapat dirawat dengan ramuan mujarab yang mengubati umat terdahulu, kerana sikap dan tabiat manusia tidak pernah berubah, kerana itulah sejarah masa lampau masih relevan dengan isu masakini... Pesan saya jangan berhenti berfikir! Wa Allahu A'lam. Izwan.
  4. Unknown 4 June 2008 at 19:12
    Comment saya :
    I honestly think that muslims nowadays brag a tad too much on their ancestors' past glory, and are too complacent with their lives at the mo..

    Point is, are we really working towards achieving the objectivity of Islam being the ruling power once more?..Or are we just being overly confident on the matter that 'One day Islam will somehow regain back its power' because we are ENTIRELY sure that it IS going to happen someday? Are we?

    Your thoughts on the aforementioned matter will be highly appreciated.

    Yes, am also looking forward to have long chats about Islam and sword after your exams!

    ps- Imtech hot stuff siot..semua org nak buat appointment ngan ko lps exam to have a dat stimulating 'intellectual talk'.

    haha
  5. Anonymous 4 October 2008 at 23:12
    "stimulating intellectual talk" haha agreeing with u stoic euphoric..cek imran its true,no?
  6. Anonymous 24 October 2008 at 07:19
    slm wrbt..
    when i 1st came accross ur blog, i was attracted. for i thought, hey, there's another soul who r trying deep down to bring islam back..

    but then after reading throughly ur posts one after another.. i have to wonder..
    do u really understand the true meaning of bringing back islam to be at the top glory once again..

    perhaps our understanding starts from the same origin, yet it departs at a certain point..
    nonetheless, i respect ur own personal opinion though i disagreed with quite some of it..

    no offense i hope..
  7. imakubex 24 October 2008 at 13:29
    Waalaikumussalam,

    Dearest n_sy, perhaps it is just simply the case that what you mean by 'reviving' Islam is different from what I understand it.

    I don't mind people disagreeing with me (I do, but I try to keep it at a minimum), but I would like people to prove me wrong.

    I would like Islam to be on 'revived', but there is a problem with the current mindset, in my view. That is, I suppose, our point of departure.

    Wallahua'lam

Something to say?