Perak: Penjelasan Konsep dan Penilaian Objektif
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan keadaan politik di Perak, penulis merasakan wajar untuk kita kembali kepada 2 konsep asal dalam sistem demokrasi untuk kita menilai isu ini. Konsep yang penulis ingin ketengahkan disini ialah "legitimacy" atau "hak kekuasaan" dan "legality" atau "kesahan". Penulis sendiri tidak begitu arif dalam perbincangan falsafah politik mengenai kedua-dua konsep ini, tetapi berikut merupakan pandangan penulis terhadap isu ini daripada sudut konsep "hak kekuasaan" dan "kesahan".
Struktur Demokrasi
Struktur Demokrasi
Pertamanya, perlu dijelaskan bahawa konsep "legitimacy", pada definisi penulis adalah konsep moral yang berkaitan dengan kerelaan rakyat yang dipimpin. Konsep "legality" pula lebih berkaitan dengan samada sesuatu itu mengikut Perlembagaan dan prosedur undang-undang yang betul dan sah disisi undang-undang. Maka, perbincangan berkenaan 2 konsep ini berkemungkinan akan bersifat lebih akademik dan kurang pragmatik kepada sesetengah pihak.
Kita seharusnya membuat penilaian dahulu tentang isu lompat parti ini dengan melihat struktur demokrasi liberal sebelum kita melihat situasi di Perak. Dalam sistem demokrasi Malaysia, kita memilih "wakil rakyat" untuk satu-satu kawasan untuk mewakili segolongan pengundi di kawasan tersebut. Sistem ini dinamakan "representative democracy" atau demokrasi perwakilan kerana "participatory democracy" ataupun demokrasi secara terus tidak praktikal untuk, secara amnya, negara yang mempunyai penduduk melebihi 30 000 (dikatakan jumlah penduduk kota Athens). Oleh kerana kita memilih "wakil", maka "wakil" ini seharusnya membuat keputusan berdasarkan apa yang dirasakan terbaik untuk penduduk yang diwakili. Tetapi, "wakil" ini juga perlu "mewakili" penduduk. Maknanya, "wakil" ini perlu menyampaikan hasrat majoriti penduduk ke dalam dewan persidangan. Oleh itu, terdapat 2 elemen yang kita perlu perhatikan disini:
1. Wakil rakyat perlu membuat keputusan yang terbaik untuk penduduk yang diwakili
2. Wakil rakyat perlu menyampaikan hasrat rakyat.
2 elemen ini tidak semestinya selari dan boleh menyebabkan kontradiksi. Contohnya, wakil rakyat itu mungkin merasakan bahawa peningkatan cukai adalah perlu untuk kesejahteraan ekonomi negara, tetapi rakyat kawasannya mungkin tidak bersetuju dengan keputusan beliau. Maka, beliau harus membuat keputusan selepas mempertimbangkan keadaan-keadaan ini. Demokrasi juga menuntut beberapa perkara dan institusi lain, tetapi ini tidak akan dijelaskan disini.
Namun begitu, kita juga mempunyai parti-parti politik dalam sistem politik kita. Ini menambahkan satu lagi lapisan kompleksiti dalam proses membuat keputusan. Sekarang, wakil rakyat tersebut perlu memikirkan tentang apa yang terbaik untuk pengundi kawasan beliau, pandangan penduduk kawasan beliau dan kedudukan beliau dalam parti politik beliau. Situasi yang ideal ialah apabila wakil rakyat tersebut memikirkan tentang ketiga-tiga elemen ini secara seimbang dan membuat keputusan yang terbaik untuk situasi yang ada, tetapi hal ini sangat sukar untuk dibuat.
Konsep "legitimacy" dan "legality"
Disini, ada baiknya kita melihat dari mana datangnya "legitimacy" dalam sistem demokrasi. Menurut Mark Weber, terdapat 3 sumber "legitimacy" atau "hak kekuasaan":
1. Autoriti karismatik
- rakyat merelakan diperintah oleh seseorang yang mempunyai trait tertentu seperti ketua puak
2. Autoriti tradisional
- Pemerintahan berdasarkan tradisi seperti pemerintahan monarki
3. Autoriti rasional
- "legitimacy" hasil kekuasaan kerajaan yang dibentuk daripada proses, prinsip dan undang-undang yang diterima pakai dan ditulis dalam Perlembagaan.
Dalam kes Malaysia, "legitimacy" kerajaan adalah daripada sumber ketiga. Oleh itu, apa-apa usaha oleh mana-mana pihak untuk mengganggu gugat proses pembentukan kerajaan yang didasarkan kepada beberapa prinsip akan menyebabkan penghakisan dalam "legitimacy" kerajaan yang dibentuk. Dalam sistem berparti politik di Malaysia, terdapat beberapa elemen yang memungkinkan seseorang calon dipilih sebagai wakil rakyat:
1. Karisma dan personaliti calon
2. Tiket parti yang diwakili
3. Kelemahan calon lawan
4. Gabungan 1, 2, 3
Kebiasaannya, rakyat memilih calon dari campuran 1, 2 dan 3. Oleh itu, dalam mengkaji dan menganalisa kedudukan moral calon melompat parti, kekuatan elemen-elemen 1, 2 dan 3 perlu dilihat secara objektif. Oleh itu, kurang tepat andai dikatakan bahawa melompat parti itu secara terang-terangan salah dan tidak demokratik, kerana terdapat unsur lain yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan. Perlu diingatkan disini bahawa konsep yang sedang dibincangkan berkaitan dengan kedudukan moral dan bukannya samada ianya salah disisi undang-undang. Oleh itu, "salah" atau "betul"nya tindakan tersebut adalah satu keputusan moral jika tindakan tersebut dibenarkan undang-undang.
Perkara ini dibangkitkan kerana perlu diingat bahawa keputusan moral tidak mewajibkan apa-apa tindakan yang bersifat undang-undang. Contohnya, walaupun tindakan melompat parti tidak bermoral dan demokratik pada pandangan rakyat, jika prosedur yang betul diikuti, maka tiada sebab untuk diadakan pilihanraya. Isu moral dan isu undang-undang adalah berbeza disini.
"Legitimacy" tidak seharusnya dikelirukan dengan "legality" kerana konsep "legality" berkaitan dengan undang-undang. Konsept ini perlu diteliti dalam hal menjalankan pilihanraya kerana ianya satu proses yang berkaitan dengan undang-undang. Untuk meneliti konsep ini, kita perlu melihat samada prosedur undang-undang yang betul telah dijalankan. Oleh itu, untuk memahami konsep "legality", kita memerlukan pengetahuan dalam bidang undang-undang, terutamanya undang-undang Perlembagaan. Penulis bukanlah seorang yang arif dalam bidang ini dan tidak akan memberi komen yang panjang tentang konsep ini. Cumanya, penulis diberitahu oleh rakan penulis yang belajar tentang undang-undang yang apa yang berlaku di Perak boleh dilihat dari beberapa sudut undang-undang mengikut interpretasi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.
Isu Negeri Perak
Kembali kepada Perak, terdapat 2 masalah disini:
1. Prosedur undang-undang tidak diikuti secara literal (pada pemahaman penulis)
2. "Legitimacy" kerajaan baru dan tindakan melompat parti diragui, kemungkinan kerana wakil rakyat menang atas tiket Pakatan Rakyat
Dengan berbekalkan konsep "legitimacy" dan "legality" daripada penerangan diatas, kita boleh menganalisa isu ini dengan lebih jelas. "Wakil" rakyat yang keluar dari parti PKR dan kemudiannya menyokong Barisan Nasional mempunyai mandat dari rakyat yang datang daripada Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas. Ini bermakna dari sudut undang-undang, mereka merupakan pilihan rakyat pada ketika rakyat mempunyai hak untuk memilih dan akan terus menjadi wakil kepada penduduk kawasan mereka sehingga mereka meletak jawatan, meninggal dunia dan sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka tidak berupaya untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat ataupun sehingga PRU seterusnya. Oleh kerana dalam demokrasi rakyat seharusnya mempunyai "freedom of association", tiada sebabnya untuk mereka tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Semua ini merupakan hak mereka yang telah termaktub dalam Perlebagaan Malaysia.
Namun begitu, terdapat frasa dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mengatakan bahawa untuk memecat Menteri Besar, perlu ada usul tidak percaya yang diberi undi majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Interpretasi secara literal ini tidak diikuti oleh kerajaan baru di Perak dan mungkin akan membawa krisis Perlembagaan. Hal ini berkaitan dengan "legality" dan perlu dirujuk kepada pakar-pakar undang-undang dan perlembagaan.
Daripada sudut rakyat pula, rakyat tidak mempunyai "hak" undang-undang untuk memaksa pilihanraya diadakan andai isu undang-undang diatas telah diselesaikan. Rakyat boleh meminta untuk diadakan pilihanraya dan mendesak pihak berwajib untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat, tetapi hal ini bukanlah hal undang-undang. Konsep "legitimacy" adalah lebih releven disini dan ini merupakan satu penilaian moral. Rakyat telah memilih "wakil" mereka yang sah dalam pilihanraya yang lepas dan dari sudut undang-undang, "wakil" ini boleh melakukan apa-apa tindakan yang berada dalam hak undang-undang beliau. Tidak seharusnya dicampurkan kedua-dua konsep ini.
Keputusan ADUN untuk melompat parti ialah keputusan peribadi mereka yang sah dari sisi undang-undang. Keputusan itu boleh dinilai sebagai bermoral atau tidak yang akan mempengaruhi "legitimacy" kerajaan baru yang dibentuk. Samada pilihanraya perlu dibuat adalah berdasarkan keputusan mahkamah. Rakyat tiada 'hak' undang-undang untuk memaksa pilihanraya diadakan kerana mereka telah menggunakan hak memilih mereka 10 bulan yang lepas dan terikat dengan undang-undang perlembagaan yang ada dalam negara sekarang. Terdapat pelbagai teori tentang mengapa rakyat perlu terikat dengan undang-undang negara dan tidak akan diterangkan disini. Bolehlah membaca "The Social Contract" oleh Rousseau, "Leviathan" oleh Thomas Hobbes ataupun "Second Treatise of Government" oleh John Locke untuk teori konvensional tentang perkara ini. Kesimpulan yang boleh diberi ialah penilaian yang dibuat perlulah jelas berdasarkan konsep-konsep yang wujud dalam demokrasi dan tidak seharusnya dicampur aduk hasil daripada emosi kita.
Memperkukuhkan Institusi Demokrasi
Sebelum mengakhiri artikel ini, penulis ingin mengajak semua pembaca untuk mengukuhkan institusi demokrasi di Malaysia. Demokrasi bukanlah sahaja mengundi pada hari PRU, tetapi turut memerlukan rakyat yang berilmu dan berpengetahuan yang mempunyai autonomi. Penulis menyokong apa yang saudara Wan Saiful katakan bahawa institusi pembangkang harus dikukuhkan. Dalam demokrasi yang berkesan, wakil rakyat seharusnya mengundi untuk apa-apa usul yang membawa faedah untuk kawasan yang diwakili beliau dan bukannya atas dasar parti. Pada penulis, parti politik merupakan platform ideologi dan tidak seharusnya lebih daripada itu. Rakyat juga seharusnya memainkan peranan dalam mendesak wakil rakyat mereka untuk membuat keputusan yang menguntungkan mereka, berperanan secara proaktif dan tidak membiarkan korupsi dan perbuatan yang tidak bermoral untuk berterusan.
Kita semua harus membuang sikap "tidak mengapa asalkan aku dapat makan dengan cukup" dan berfungsi dalam masyarkat. Hanya dengan kewujudan institusi demokrasi yang mapan barulah pemerintahan negara demokratik boleh dijalankan dengan sempurna, insyaALLAH.
Wallahua'lam

Bukan rakyat mintak pilihan raya sebab Adun tuh sebenarnya dah hantar surat letak jawatan ker? pastu, diperkenan oleh speaker..
Tiba2 adun tuh lompat parti lak pastu kata tak nak letak jawatan pulak.
Speaker hantar surat untuk suruh SPR buat pilihanraya kecil memandangkan surat letak jawatan adun itu diterima oleh speaker dan sudah disahkan. But SPR tak nak sebab dia kata surat letak jawatan tuh tak sah lah pula (sedangkan kononnya SPR sokong side BN-andaian rakyat) Walhal, speaker yang berhak tentukan surat tu sah atau tidak. Speaker dah kata sah, sah lah. SPR melanggar bidang kuasanya, campur tangan urusan speaker. tuh yg SPR kena kecam dan rakyat marah sangat, tuntut pilihanraya. Rakyat marah sebab SPR kelihatan cenderungke arah satu-satu parti sedangkan sepatutnya SPR badan bebas yang adil. Ana cadangkan akh panjangkan research tentang kes ini...
Kes nya macam arumugam. Dia didesak dengan pelbagai cara untuk tidak menyokog PR. sama ada lompat parti ker apa... Pastu, beliau ambil keputusan untuk letak jawatan. Satu tindakan yang bijak sebab beliau tidak lompat parti, langgar moraliti. Namun, beliau tak tahan kerna terus didesak. Keselamatan diri dan keluarga diancam. Beliau letak jawatan, memberi kuasa memilih kepada rakyat. Pada telahan ana; beliau tidak mahu melanggar moral dengan melompat parti atau berkecuali akibat desakan mahupun ancaman keselamatan.
maka keputusan terbaik yang boleh dibuat, beliau memilih untuk undur diri. Biar panglima lain yang lebih berani tampil pula...
p/s: ana juga sedang membuat research terperinci tentangnya. Nway, tulisan akh bagus cuma mungkin ada part kisah tersebut yang akh erlepas pandang. Good article (secara akademiknya), thumbs up.