Ini Sejarah Kita: Bahagian 2: Tidak Munasabah!

Category: , , , By imakubex
Bismillahirrahmanirrahim,

Setelah beberapa lama berfikir tentang apa yang ditulis tentang program Ini Sejarah Kita, penulis mendapati bahawa ianya adalah tidak munasabah untuk program tersebut untuk dibuat oleh orang-orang yang tidak mengetahui sejarah secara mendalam. Mereka pastinya mengetahui lebih banyak tentang sejarah daripada penulis sendiri, tetapi modul yang mereka keluarkan itu terdapat beberapa kelemahan yang pada pendapat penulis boleh diperbaiki. Komen-komen yang diberikan oleh rakan-rakan dari Majlis Syura Muslimun, terutamanya Abang Hadrami dan Adam Tan, dan juga pembaca-pembaca blog ini banyak membantu penulis dalam memperbetulkan kecelaruan yang ada berkenaan beberapa perkara. Jazakumullahu khairan kathira kepada kalian semua. Penulis masih menantikan jemputan ke program Syahadatul Haq seperti yang kita bincangkan pada hari pertemuan kita.

Terima kasih Tuhan...

:)

Apa-apa pun, ingin sekali penulis memberikan sedikit cadangan untuk penambah baikan untuk program tersebut untuk kebaikan bersama. Namun sebelum itu, ingin ditegaskan disini bahawa idea yang dipersembahkan disini bukanlah pandangan dan hasil pemikiran penulis semata-mata (pandangan peribadi penulis tentang bagaimana ianya sepatutnya dilakukan tidak praktikal dalam jangka waktu pendek yang diberikan untuk program ISK) tetapi merupakan amalgamasi beberapa idea yang (harapnya) praktikal untuk program tersebut.

Cadangan-cadangan:

1. 'Disclaimer'

Pada pandangan penulis, adalah tidak adil untuk sesiapa pun untuk melalui program sedemikian tanpa diberitahu bahawa sejarah yang dihidangkan kepada mereka bukanlah sejarah yang objektif. Pengalaman peribadi penulis, tujuan program itu dan juga graf itu juga tidak diterangkan dengan jelas kepada pada peserta. Dan kerana ianya bukan sejarah yang objektif, fakta-fakta yang diberikan dalam program tersebut acapkali tidak diterangkan dalam konteks yang sepatutnya.

Program ISK di Southampton

Penulis diberitahu bahawa ini semua tidak menjejaskan hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah, tetapi penulis kurang bersetuju dalam hal ini. Ini kerana cara penceritaan apa-apa kisah akan mempengaruhi pengajaran apa yang diambil dan dibawa pulang oleh peserta. Contohnya, adakah kerana menurut
graf ISK tamadun di Baghdad lebih tinggi daripada tamadun Turki Uthmaniyah, tamadun di Baghdad sungguh lebih hebat daripada tamadun di Turki? Tanpa mengambil kira kesan episod-episod sejarah seperti kedatangan Christopher Colombus ke benua America yang membawa bersamanya kekayaan dalam bentuk emas yang kemudiannya membantu mengangkat Eropah keluar dari zaman Pertengahan, bagaimanakah kita boleh membuat perbandingan ini? Maka, pada pandangan penulis, haruslah ditekankan kepada peserta bahawa program itu bukanlah satu program untuk mengajar atau berkongsi ilmu tentang sejarah Islam secara objektif, tetapi mempunyai tujuan yang lain daripada itu.

2. Terlalu lokal dan sempit

Sejarah yang diceritakan dalam ISK juga terlalu lokal dan terlalu tertumpu di sekitar laut Mediterranean. Kurang diceritakan bagaimana interaksi masyarakat Islam dari Timur Tengah dengan masyarakat dunia lain mengubah landskap masyarakat dan budaya tersebut. Contohnya, tiada penceritaan tentang kesan Islam terhadap masyarakat di China, India, kepulauan Melayu dan sebagainya pada zaman pertengahan. Penceritaan sejarah ini tidak menjadi penceritaan sejarah Islam, tetapi menjadi penceritaan sejarah empayar Islam di kawasan berhampiran dengan laut Mediterranean. Sejarah, cerita mengenai manusia, itu sendiri hilang dinamisma dan kesan Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam kurang ditekankan.

Mare Nostrum

Oleh itu, penulis mencadangakan supaya dimasukkan elemen kemanusiaan dan dikembalikan dinamisma dalam sejarah yang dipersembahkan. Ini akan membolehkan kita melihat tamadun manusia pada masa lampau dengan pandangan yang lebih luas dan membolehkan kita melihat kesinambungan dan perkaitan antara sejarah dan manusia serta membolehkan kita belajar dari sejarah. Ini juga boleh memperjelaskan beberapa perkara seperti kedatangan Zaid ibn Ziyad ke Sepanyol kerana dijemput oleh pemerintah di situ dan bukannya untuk merampas tanah dan takhta. Antara lain, ini merupakan hujah bahawasanya Islam tidak disebarkan melalui mata petang. Ini juga boleh menjelaskan mengapa terdapat umat Islam di India, dan membolehkan kita mendapat sedikit kefahaman tentang latarbelakang konflik India-Pakistan. Poin ini juga berkaitan dengan poin seterusnya kerana ISK membayangkan seolah-olah tiada kesinambungan kepada pemerintahan Islam selepas kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyah.

Penulis merasakan ini penting kerana umat Islam itu merupakan satu ummah, dan andai tidak difahami mengapa dan bagaimana perkara itu terjadi, maka kita tidak boleh memahami bagaimana untuk memperbaiki keadaan tersebut.

3. Tiada kesinambungan

Sejarah yang dipersembahkan di ISK juga membayangkan ketiadaan kesinambungan selepas kejatuhan khilafah. Sebab yang diberikan kepada penulis ialah ISK hanyalah sebagai pencetus, dan kemudiannya akan disambung dengan program-program seperti Syahadatul Haq dan sebagainya. Namun begitu, pendekatan begini, apabila dicampur dengan graf ISK, boleh memberi gambaran yang salah kepada peserta yang sedang mendengar.
Selepas khilafah? Sifar?

Kejatuhan khilafah sudah tentunya merupakan perkara yang sangat besar yang traumatik kepada umat Islam, tetapi ia tidak bermakna yang tiada penerusan usaha-usaha untuk memperjuangkan Islam di dunia ini. Graf itu tidak dapat menangkap gerakan-gerakan sebegini, terutamanya dalam konteks dunia 'moden' yang baru muncul pada zaman kejatuhan khilafah. Malah, graf itu turun kepada sifar dan ini, pada pendapat penulis, tidak tepat.

Oleh itu, cadangan penulis ialah seharusnya diceritakan sedikit mengenai gerakan-gerakan revivalisme selain gerakan-gerakan subversif yang dilakukan oleh nasionalis yang berlaku pada masa itu. Ini akan memberi peserta idea tentang apa yang terjadi kepada umat Islam selepas itu dan apa usaha-usaha awal yang dilakukan untuk mengembalikan khilafah. Ini juga sebahagian daripada sejarah 'kita', dan penulis agak pelik kerana ianya tidak dimasukkan sekali.

4. Paksi-Y yang tidak jelas

Paksi Y yang digunakan dalam graf ISK itu juga kurang jelas. Perkara ini telah dibangkitkan oleh ramai orang tetapi definisi paksi Y itu sangat penting untuk memperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan garisan 'tamadun'. Dalam keadaan kesamaran definisi, interpretasi graf itu boleh dibuat untuk menyesuaikan graf dengan apa sahaja keadaan, dan untuk apa-apa tujuan sahaja. Ia juga kurang jujur dengan keadaan sejarah, pada penulis.

Sejarah bukanlah hitam putih; hal ini diketahui oleh semua orang. Tetapi interpretasi-interpretasi sejarah bukanlah relatif dan sama taraf. Maka, dengan memberikan graf garisan yang hanya mempunyai satu garisan dengan paksi Y yang kurang jelas, ada bahaya yang interpretasi yang kurang tepat diguna pakai. Ketepatan interpretasi selalunya dihakimi dengan bukti yang wujud pada ketika itu. Oleh itu, interpretasi yang digunakan perlulah setepat yang mungkin dan bukannya untuk menyesuaikan interpretasi dengan mana-mana graf.

Definisi paksi Y haruslah jelas

Ini ialah masalah terbesar dengan graf ISK, kerana ia boleh disesuaikan dengan apa-apa sahaja. Ini boleh difahami dari 2 sudut. Pertamanya, kerana adanya modul ISK yang sedemikian, penceramah terpaksa mempersembahkan perkara-perkara yang hanya bersesuaian dengan graf tersebut. Ini tidak dapat tidak memusnahkan objektiviti dalam mempelakari sejarah. Keduanya, dengan ketiadaan paksi Y yang jelas, ia membolehkan pembentang untuk menukar makna garisan yang seharusnya melambangkan tamadun dari satu kerajaan kepada kerajaan yang lain, kerana definisi garisan itu sendiri tidak jelas.

Maka, pada pendapat penulis, jika tidak dijelaskan paksi-Y dalam graf itu, seharusnya diberi 'disclaimer' yang sangat jelas pada permulaan, pengakhiran, dan tiap-tiap kali graf itu dilukis. Namun begitu, pada pendapat penulis, impak yang paling besar daripada graf itu ialah ia dapat memberi gambaran secara visual tentang kebangkitan dan kejatuhan Islam. Masalah dengan graf ini ialah ia memberi gambaran terlalu simplistik terhadap sejarah. Namun, tidak dinafikan bahawa graf itu mempunyai kesan terhadap hati. Tetapi seharusnya kita berhati-hati dengan apa yang kita lakukan dan cuba memperbaiki apa yang kita ada.

5. Diluar konteks sejarah

Kadang kala terdapat beberapa perkara yang dipersembahkan tanpa dipersembahkan dahulu konteks yang perkara itu terjadi. Contoh yang penulis rasakan amat sesuai ialah dinamika empayar Rom Timur, Parsi, dan empayar Islam di Timur Tengah. Seperti yang penulis telah katakan sebelum ini;
"ia seolah-olah membayangkan bahawa Islam muncul didalam vakum, di mana Empayar Rom dan Parsi kedua-duanya telah jatuh dari kegemilangan masing-masing. Realitinya, Empayar Rom Timur melalui fasa-fasa kejatuhan dan pemulihan kuasa sehinggalah tentera Perang Salib ke-4 menguasai kota Constantinople dan kemudiaannya merompak empayar Rom Timur. Semua ini dipengaruhi oleh keadaan politik yang sangat kompleks di Constantinople yang melibatkan jeneral-jeneral tentera, golongan bangsawan, wanita-wanita berpengaruh hatta pelumba-pelumba di Hydrophone sendiri. Interaksi antara kedua tamadun ini langsung tidak diceritakan, dan seolah-olah tidak signifikan kepada sejarah Islam yang mereka bawa. "
Oleh itu, pada pandangan penulis, dengan wujudnya graf yang sedemikan, konteks dimana sejarah ini berlaku hendaklah diterangkan supaya penerima memahami latar belakang sejarah secara lebih lengkap. Namun begitu, perkara ini sangat sukar untuk dibuat dalam sesi yang singkat. Oleh itu, penulis mencadangkan supaya episod-episod sejarah yang terpilih sahaja yang di'highlight' supaya penceritaan itu menjadi lebih fokus dan boleh diterangkan secara panjang lebar. Ini bukan sahaja akan memberi lebih fleksibiliti kepada penceramah, ia juga boleh memberi gambaran kepada peserta yang sejarah itu ialah sejarah manusia dan bukan mekanikal. Kemanusiaan dalam sejarah itu boleh dikembalikan dengan cara ini, pada pendapat penulis.

Penulis merasakan bahawa apa yang penting dalam Ini Sejarah Kita ialah mengembalikan kemanusiaan dalam sejarah, dan perkara ini sangat mudah boleh dibuat. Dan pada pendapat penulis, material dalam laman web Ini Sejarah Kita harus digunakan semaksimum mungkin. Perlu juga ada, pada pandangan penulis, sedikit analisis objektif tentang kebangkitan dan kejatuhan tamadun itu sendiri. Analisis ini penting untuk kita belajar dan mengambil iktibar dari sejarah. Kehebatan tamadun Islam itu tidak dapat dinafikan, tetapi terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kejatuhan satu-satu kerajaan juga perlu dilihat. Kerana sejarah kita ini ialah sejarah manusia. Dan sebagai manusia, kita juga boleh melakukan kesilapan-kesilapan yang sama seperti mereka.

...Pembaharuan...

Akhir kata, penulis ingin meminta maaf andai apa yang penulis bentangkan dalam blog ini menyakiti hati sesiapa. Bukanlah niat penulis untuk menyakitkan hati sesiapa, dan sebagai manusia, penulis juga melakukan kesilapan. Andai terdapat apa-apa bantahan terhadap apa yang dituliskan disini, bolehlah tuliskan komen dan insyaALLAH akan dibalas. Sekali lagi, penulis meminta maaf atas semua salah dan silap dalam penulisan ini.

Wallahua'lam
 

12 comments so far.

  1. Anonymous 4 February 2009 at 08:19
    Allahua'lam.

    Sebelum menerangkan pjg lebar ttg ISK, mmg perlu diutarakan, hanya kulit sejarah yg diambil utk mengelakkan kesalah fahaman bg mereka yg mmg berminat atau rajin atau pencinta dalam mengkaji sejarah.

    Spt ISK yg pernah di attend di Bandung, bro Brunei yg bg, byk tmbhn jg sbnrnya, ttg perutusan surat antara sultan Brunei dgn Sepanyol (if ana tak silap, Allahua'lam)yg disembunyikan oleh fakta.

    Kalau boleh, dgn kelebihan msg2 yg ada, ana cdgkan saudara perbaiki graf di atas, atau buku ISK sendiri yg skrg mudah di dapat, memandangkan saudara lebih arif dalam sejarah, bermanfaat utk semua. In sha Allah satu pembaharuan yg akan diambil positif utk kepentingan deen, bukannya individu.
  2. imakubex 4 February 2009 at 10:54
    Bismillahirrahmanirrahim,

    Tidak dinafikan bahawa ada unsur manusia disitu. Tetapi graf itu sendiri memang bermasalah. Dan pada pendapat sy, tidak munasabah utk katakan bahawa sy lebih arif dalam sejarah, apalagi dibandingkan dengan ustaz-ustaz penceramah.

    Cara melihat sejarah juga penting disini, kerana cara sy melihat sejarah sedikit berbeza dengan, contohnya, cara Scholastics melihat sejarah. Itu mungkin menyumbang kepada kritikan ini.

    Wallahua'lam
  3. Anonymous 13 February 2009 at 00:25
    Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
  4. Anonymous 15 February 2009 at 00:30
    saya antara yang merasakan kesedihan dengan pelbagainya gerakan Islam sewaktu di UK Ireland. banyak yang sebenarnya yang kerugian, apabila seseorang ahli tidak dapat menumpukan tenaga dan idea dengan ahli gerakan yang lain hanya sebab berlainan jemaah. ideologi kita dekat sekali. dan juga bila berpecahnya gerakan Islam, selalunya akan kehabisan tenaga baru untuk menjadi pimpinan mahasiswa di dalam universiti dan persatuan Islam. tak kurang hebatnya kerosakan ini, apabila ada yang terpaksa mengulang tahun, dek bebanan kerja di dalam persatuan dan gerakan Islam.

    rupa2nya masalah kita berpecah ialah kekeliruan ilmu. belum masanya untuk kita serukan penyatuan gerakan Islam, sebelum kita selesaikan hal-hal berkenaan ilmu dan konsep pegangan dan worldview.
    hal-hal yang asas seperti kemampuan berfikir dan berdikari harus diselesaikan sebelum kita bicara isu penyatuan gerakan Islam. teruskan usaha Imran, dan saya akan teruskan usaha di Malaysia juga
  5. Anonymous 24 February 2009 at 16:32
    assalammualaikum

    nah..ini dia jawapa yg dinanti-nanti,thanks penulis

    p/s: tak perlu baca buku karen amstrong deh? >_x
  6. Anonymous 23 March 2009 at 14:59
    assalamualaikum,

    masalah kesatuan gerakan islam..jgn dipandang berpecahnyer kesatuan itu kerana berbeza jalan kerja, tetapi pandanglah ia sebagai kesatuan dalam bentuk matlamat dan hala tuju..kesemuanya mahukan redha Allah..kesemuanya mahukan daulah islam..cume berbeza sedikit dari segi gerak kerja..dan perbezaan ini tidaklah seharusnya menjadi perkara besar sehingga blh memecahbelahkan ummah...saya lebih memandang issue perpecahan ummah ini samada di uk eire mahupun di malaysia lebih kepada masalah peribadi...masalah yg timbul kerana wujudnya manusia2 yang kurang memahami adab dan tggjwb terhadap muslim dan mukmin yang lain walaupun berlainan gerak kerja...yg kurang memahami bahawasanya kesatuan kita adalah kerana kesamaan aqidah...manjadi anggota sesuatu pertubuhan tidak menjamin pass percuma bagi kita masuk ke syurga..sebaliknya, amalan kita yang akan dihisab kelak di akhirat..jadi seharusnya, berhati2lah dgn amalan seharian kita, amalan persaudaraan kita....

    tentang ramainya ahli2 gerakan islam yang terpaksa mengulang tahun pelajaran...pd pendapat saya, agak kurang sesuai utk menyalahkan gerakan islam di atas apa yang berlaku...again, ia lebih bersifat peribadi rather than nak menyalahkan gerakan islam di atas apa yang berlaku...kalau diikutkan lebih ramai yang berjaya dlm bidang akademik kerana menyertai kerja2 daawah berbanding mereka yang agak kurang bernasib baik..tetapi kenapa sering kali kita lebih memandang golongan yg kurang bernasib baik itu drpd yang berjaya?...sudah lumrah manusia memang mudah meletakkan sesuatu persepsi tanpa menyiasat atau menilai dengan sedalam2nya sebelum membuat kesimpulan....

    allahu a'alam....
  7. Khalid Jimat 27 April 2009 at 15:39
    Jzkk kepada akhi yg menulis. Satu penekunan ilmu yang harus dipuji. Sebagai orang yang pernah menerima dan menyampaikan ISK ana tidak nafikan akan kekurangan yang ada. Tapi alhamdulillah, ISK saban tahun makin bertambah-baik. Semoga ia bertambah-baik dengan komen-komen daripada penulis seperti anda.

    Tidak dinafikan ISK terpaksa meletak titik fokus kepada hanya sebahagian kecil wajah sejarah yang ada. ISK dihasilkan selepas mengkaji beberapa masalah umum umat Islam dan mencari jalan ke arah pembaikan. Tidaklah disini bermaksud ISK boleh memberikan ubat yang boleh memulihkan semua masalah. ISK adalah alat pembuka bicara dan minda. Pintu kepada daya fikir dan daya gerak. Alhamdulillah ISK dapat mencetuskan kritikan-kritikan bernas daripada anda. Diharapkan banyak lagi idea-idea bernas dapat diketengahkan dalam usaha membina keupayaan dan bukannya membunuh keupayaan dan keinginan.

    Ultimately, sejarah adalah tafsiran manusia. Sejarah akan sentiasa melalui dekad penambah-baikan bukan kerana dahulunya ia dipesongkan...tetapi pengalaman dan pengayaan perspektif manusia melahirkan tafsiran dan gambaran-gambaran yang lebih segar dan lebih luas pandangannya. Semoga kita terus mendapat manfaat daripada usaha-usaha sebegini.

    Sekian.
  8. Khalid Jimat 27 April 2009 at 15:40
    Jzkk kepada akhi yg menulis. Satu penekunan ilmu yang harus dipuji. Sebagai orang yang pernah menerima dan menyampaikan ISK ana tidak nafikan akan kekurangan yang ada. Tapi alhamdulillah, ISK saban tahun makin bertambah-baik. Semoga ia bertambah-baik dengan komen-komen daripada penulis seperti anda.

    Tidak dinafikan ISK terpaksa meletak titik fokus kepada hanya sebahagian kecil wajah sejarah yang ada. ISK dihasilkan selepas mengkaji beberapa masalah umum umat Islam dan mencari jalan ke arah pembaikan. Tidaklah disini bermaksud ISK boleh memberikan ubat yang boleh memulihkan semua masalah. ISK adalah alat pembuka bicara dan minda. Pintu kepada daya fikir dan daya gerak. Alhamdulillah ISK dapat mencetuskan kritikan-kritikan bernas daripada anda. Diharapkan banyak lagi idea-idea bernas dapat diketengahkan dalam usaha membina keupayaan dan bukannya membunuh keupayaan dan keinginan.

    Ultimately, sejarah adalah tafsiran manusia. Sejarah akan sentiasa melalui dekad penambah-baikan bukan kerana dahulunya ia dipesongkan...tetapi pengalaman dan pengayaan perspektif manusia melahirkan tafsiran dan gambaran-gambaran yang lebih segar dan lebih luas pandangannya. Semoga kita terus mendapat manfaat daripada usaha-usaha sebegini.

    Sekian.
  9. Anonymous 2 December 2009 at 08:42
    imakubis, are you indirectly say Imakubex 'sombong'?

    Kesian Imranku.
    Anyway, good job Im. Keep up your good writing.
  10. P Cik UK 24 January 2010 at 05:30
    Salam,

    Sebab tu sejarah selalu dikaitkan dengan "History" iaitu " his Story". Ambillah yang baik dan buanglah yang sebaliknya. Perbanyakkan bacaan dan mendalamilah ilmu, moga kita bersama hidayah Allah swt.
  11. intishar 23 May 2010 at 03:26
    Bagi ana modul tu ok2 ja. Untuk mndpt pnjlsn yg lebih sewajarnya kita explore sndiri. Byk buku yg boleh dirujuk. Modul tu pd ana mmbntu ana mmhmi buku hari ini dan semalam tulisan hasan al-banna. Kalau pnls modul tu boleh mncri mklmt2 tmbhn sebegitu,knp tidak kita? Bg org yg mnympaikan modul tu pula sebaiknya cari mklmt2 tmbhn dan fakta2 sejarah yg mungkin tidak disebut dalam modul tu. Dan,pd ana,dh baik sgt dh modul tu wujud..kalau x,xtau adkh bilangan org yg sedar akn kpntgn mndlmi sjrh islam,peranan sbg khalifah,tujuan hidup dan bilangan org yg sedar kddkn islam skrg akan bertambah...

    Wallahu'alam
  12. Anonymous 23 May 2010 at 03:29
    Dan lagi satu,drpd mncri@mngomen mslh2@kkrgn2 yg ada pd modul tu,lebih baik mmbaiki klmhn2 tu...sebabnya,klu komen2 pun,blum tntu pnulis modul tu tau..

Something to say?