Ramadhan Dan Kemanusiaan
Bismillahirrahmanirrahim,
Sedang penulis memandu adiknya ke sebuah sekolah di Batu 10 Cheras, terfikir penulis tentang betapa orang Islam selalu melaung-laungkan kebaikan bulan Ramadhan dan kaitannya dengan kemanusiaan di mimbar-mimbar masjid apabila Ramadhan semakin hampir. Sering kali kita mendengar ustaz-ustaz memberi kuliah di surau-surau bagaimana Ramadhan merupakan suatu bentuk tarbiyah Ilahi yang antara hikmahnya ialah supaya kita dapat merasai kepedihan orang yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi, dan supaya kita bersyukur dengan apa yang ada. Namun mari kita muhasabah diri kita dan sekeliling kita. Bukanlah niat penulis disini untuk menyangkah seruan dan laungan tersebut, tetapi sekadar muhasabah kepada kita semua akan sejauh manakah kita, sebagai orang Muslim yang mengaku beriman, benar-benar menjiwai apa yang dilaungkan itu.
Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al Kareem. Picture: BahanTarbiyah.info
Kemanusiaan adalah, pada fikiran penulis, sesuatu yang wujud dalam diri manusia secara azali dan dikongsi oleh makhluk ALLAH yang dinamakan insan. Kita semua suka melihat insan lain gembira, kita ketawa apabila melihat orang lain ketawa dan terkesan hati kita apabila melihat kedukaan yang dialami orang lain. Maka sebagai seorang Islam yang mengakui menyembah Tuhan yang sebenar-benarnya seharusnya kita yang mendahului dalam usaha-usaha kemanusiaan dan memulakan inisiatif untuk membantu insan yang kurang bernasib baik. Persoalan disini ialah sejauh manakah kebenaran kata-kata ini? Dan di luar batasan negara-negara Islam, sejauh manakah bantuan yang kita berikan atas dasar kemanusiaan?
Bukan sahaja diluar batasan negara Islam, bahkan dalam negara Islam pun kadang kala kita terlepas pandang, terutamanya pada insan yang bukan seagama dengan kita. Contohnya, Andai kita melihat rumah-rumah dan sekolah-sekolah di estet-estet milik orang
Dimanakah kemanusiaan kita?
Ingin sekali penulis tegaskan sesuatu disini, prinsip dan tindakan adalah dua perkara yang berbeza, dan tidak seharusnya disekalikan. Secara prinsip, pada pandangan penulis, semua orang patut dibantu tidak kira samada ianya Muslim atau bukan Muslim, tetapi kerana kekangan-kekangan yang ada dan kerana kita manusia, maka kita mungkin tidak dapat membantu semua orang. Tidaklah bermakna jika begitu, kita tidak menanam cita-cita untuk membantu semua orang, cumanya kita perlu bertindak berdasarkan keutamaan (Aulawiyat) dan juga dalam kapasiti kita. Oleh itu, soalan-soalan diatas adalah soalan prinsip, bukan soalan tindakan. Secara prinsipnya, berapa ramai antara kita yang melihat orang bukan Islam di Malaysia yang kurang bernasib baik sebagai golongan yang perlu dibantu? Secara prinsipnya, berapa ramai antara kita yang sanggup melepaskan sebahagian daripada kelebihan yang diberikan kepada kita untuk membantu orang bukan Islam?
Ini mungkin sedikit kontroversi, tetapi apa yang penulis ingin bawakan ialah andai kita percaya pada keadilan sejagat, dan andai kita yakin bahawa kita ialah umat yang terbaik yang diturunkan ke muka bumi, mengapa kita tidak seolah-olah mengendahkan nasib golongan bukan Islam, di bumi dimana majoritinya umat Islam? Lihatlah sejarah di Sepayol, umat Islam walau ditekan hebat oleh pemerintah Krisitan di Utara Sepanyol masih memberi perlindungan dan hak kepada golongan bukan Islam, walaupun mereka golongan Yahudi. Malahan, golongan bukan Islam lebih selesa dalam pemerintahan orang Islam. Lihat pula dunia sekarang. Berapa ramai orang bukan Islam lebih rela duduk di tempat dimana orang bukan Islam berkuasa? Berapa ramai orang Islam sendiri tidak selesa di bumi umat Islam, kerana merasa bahawa keadilan yang dibawa oleh Islam tidak dilaksanakan?
Mungkin disini akan ada orang yang mengatakan bahawa itu salah pemerintah Islam yang tidak mengamalkan Islam yang suci, dan mengambil sistem kuffar yang tidak bertunjangkan ‘aqidah untuk menjalankan pemerintahan, tetapi itu, pada pandangan penulis, merupakan perkara cabang, dan terbuka untuk interpretasi masing-masing. Peliknya dalam hal ini ialah tidak ramai orang Islam yang memahami sistem-sistem dan ideologi-ideologi Barat, dan mengkritiknya seolah-olah ianya tiada langsung dalam Islam. Pada pandangan penulis, sikap begini terlalu angkuh, dan seharusnya dikaji semula. Andai Barat betul-betul jahat, mengapa kita melihat Barat yang lebih banyak memberi bantuan kepada orang Afrika? Mengapa kita lihat Barat yang mendahului dalam usaha-usaha kemanusiaan dimana-mana di dunia?
Kesimpulannya, umat Islam, pada pandangan penulis, terlalu banyak berretorik dari bekerja. Jangankan kata hendak membantu orang miskin di Afrika, hendak memberi sedekah lebih dari RM 5 pun susah. Ramadhan merupaka satu bentuk pentarbiyahan, benar, tetapi harus diingat yang ianya juga satu tempoh muhasabah. Kita tidak seharusnya hanya memikirkan diri kita dan menyempitkan diri kita kepada membantu orang Islam sahaja. Dimana-mana terdapat orang yang kesusahan, maka sebagai Muslim, seharusnya kita membantu atau berniat untuk membantu. Kita selalu mendengar kisah Rasulullah menyuapkan makanan kepada seorang buta Musyrik yang selalu mengeji baginda, tetapi, apa yang kita ambil dari kisah ini? Oleh itu, gunakanlah Ramadhan yang akan datang ini sebagai
Wallahua'lam
Nice article..nk komen "ambil yg jernih,buang yg keruh" sbb mcm terbalik ^_^"
"buang yg keruh,ambil yg jernih"
Wallahualam
t'igt kisah srg rakan sy.
"penjara guantanamo bay,pe tu?"
sggh,hati sye sgt sakit.betapa sikap x peduli menyebabkn kte lupe keperitan ummah.
peringatan buat sye juga.care as much as we can,do nothing doesn't mean we forgot.berdoalah tuk kesejahteraan ummah.
Wallahu'alam
sori.