Ramadhan dan Kepelikan Manusia
Bismillahirrahmanirrahim,
Melihatkan longgokan manusia yang cuba mencium Hajar Al Aswad di Makkah Al Mukarramah mengingatkan penulis tentang keadaan Ramadhan di Malaysia, bagaimana peliknya manusia ini apabila tidak diberi petunjuk Ilahi.
Pelik sekali penulis memikirkan tentang betapa pada bulan Ramadhan, manusia berpusu-pusu ke Masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh bersama Imam, tidak kiralah 8 atau 20 rakaat, tetapi tidak dapat hadir untuk solat Isya' berjemaah di Masjid, apakan lagi solat berjemaah di Masjid untuk waktu-waktu lain.
Pelik apabila kita melihat manusia berpusu-pusu ke pasar-pasar malam untuk membeli juadah bebuka puasa tetapi tidak terlintas untuk berpusu-pusu ke Masjid untuk solat Asar berjemaah sebelum itu.
Pelik juga melihat manusia membeli juadah berbuka dengan begitu mewah, tetapi tidak ada satu sen pun yang sanggup diberikan kepada fakir miskin sebagai sedekah.
Pelik apabila manusia sanggup untuk bangun awal untuk makan sahur tetapi tidak sanggup untuk solat sunat 2 rakaat sebelum makan itu. Lebih pelik, ada yang sanggup tidur selepas makan itu dan bangun lewat untuk solat Subuh.
Pelik apabila kita sanggup berlapar dahaga selama seharian, tetapi menghabiskan masa seharian untuk tidur, dan mengabaikan pembacaan dan penelitian Al Quran.
Pelik juga andai kita sanggup berjaga malam dan solat untuk mencari Lailatul Qadar, tetapi akhlak tidak dijaga, terutamanya dengan ibu bapa - berapa ramai antara kita yang betul-betul berbakti kepada ibu bapa, dan tidak mengharapkan kepada mereka?
Semua ini menyebabkan penulis terfikir, apakah nilai Ramadhan dan ibadah puasa yang kita kerjakan? Apakah yang kita mahu capai daripada ibadah puasa ini? Adakah kita hanya berpuasa kerana orang lain puasa, atau kerana Islam menyuruh kita berpuasa? Atau kerana ALLAH?
Andai begitu, mengapa terjadi begitu banyak kepelikan seperti yang dinyatakan diatas? Kesilapan disana-sini itu biasa, tetapi apabila kita tersedar, haruslah kita beristighfar dan meminta ampun atas kesilapan kita, insyaALLAH.
Dalam keghairahan kita beribadah dalam bulan Ramadhan, harus juga kita berhenti seketika dan bermuhasabah untuk melihat samada ibadah yang kita lakukan itu benar-benar menepati tuntutan syariah. Mungkin menghabiskan masa membaca Al Quran seharian suntuk dapat memberi kita pahala yang besar, tetapi andai ada kuliah di Masjid berdekatan, ataupun kita tahu yang rakan kita memerlukan pertolongan dalam kerja dakwah, maka kita seharusnya berfikir tentang apa yang patut kita lakukan dahulu, berdasarkan keutamaan (Al Aulawiyat).
Kita juga seharusnya, insyaALLAH, menilai ibadah yang kita kerjakan, samada ianya betul-betul ikhlas kerana ALLAH, dan melihat andai terdapat ruang kosong di tempat-tempt lain yang kita boleh isi yang mungkin kita tertinggal. Dengan itu, insyaALLAH ibadah yang kita lakukan akan bertambah baik dari hari ke hari.
Maka dengan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, sentiasa ingatkan diri untuk bermuhasabah dan beristighfar. Kadang kala kelemahan kita bukanlah kita kurang bersolat, ataupun kurang membaca Al Quran, tetapi kita terlepas pandang kepada setenga-setengah perkara seperti berbuat baik kepada ibu bapa dan adik beradik, berakhlak mulia terutamanya kepada orang tua, dan perkara-perkara seperti ini.
Moga-moga Ramadhan yang mendatang akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa, seperti mana yang dinyatakan oleh ALLAH Rabbul 'Alamin dalam kitabNya.
Wallahua'lam

selamat myambut bulan ramadhan.
aqil
www.kesturi.net
dahulu,sy adlh slh srg manusia yg melakukan perkara2 pelik itu.
hrpnye x berulang lg perangai yg sme.
slmt menyambut bulan ramadhan.
"Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan akan kembali dagang."
Bukan pelik lagi akh, dah tak pelik dah.. Kita yang nak tegak Islam ni la dipandang pelik. Hakikat akhir zaman yg buat kita menggeleng dan akhirnya mengangguk :) Artikel mantop :D
kepelikan manusia? haha...its not really "pelik"....for me its just ordinary...nothing is "pelik" bro..
because i'm the person who did all of the pelik things before..hik3...mende tu x pelik aku rasa cuma mende tu lumrah yg bleh buat kita jauh tersasar...apa sasaran kita? msti la redha dr Allah..persoalannya,adakah dgn melakukan sume perkara2 pelik tu kita bleh dpt redha dr Allah? btw im,aku de mende nk tnye,ko x pnah "terlibat" ke dgn kepelikan2 tu sume..haha..kidding..buat la ape2 pun asalkan perkara tu diredhai Allah..
Selamat Berpuasa org UK..kih2..
Its a matter of logical consequences, and humans are not fully logical, are they?
The article isn't meant to lambast anyone, rather, it was meant as a reflection to us all, insyaALLAH
Iman itu naik dan turun, we can only do so much as to try and pray.
Wallahua'lam
a good reminder for me! syukran2.. =)